ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Rabu, 29 Jun 2011

Utusan Online 31 DEC 2009

Hidupkan tradisi jinak tekukur


Ahli TTF dari seluruh negara yang berhimpun melakukan aktiviti memikat burung tekukur di Kampung Sungai Kiol, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 30 Dis. – Sebagai insan biasa, setiap manusia mempunyai minat dan hobi bagi memenuhi masa senggang masing-masing. Namun, ada kalanya hobi yang dilakukan bertukar menjadi usaha yang boleh mendatangkan rezeki yang lumayan.

Tidak kira apa pun hobi yang dilakukan, ia lebih bertujuan memberi kepuasan peribadi walaupun sanggup berhabis wang dan masa.

Disebabkan hobi juga, seseorang sanggup datang dari tempat yang jauh untuk mendapatkan sesuatu yang tidak boleh ditemui di tempat asalnya.

Ada juga hobi yang mampu melestarikan warisan bangsa dan mengangkat kesenian agar tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

Malah, hobi tersebut dapat dijadikan sebagai salah satu daripada acara dalam kalendar pelancongan.
Tidak kurang juga terdapat hobi yang semakin ditelan zaman akibat perubahan semasa dan kemajuan teknologi.
Salah satu hobi tersebut ialah aktiviti menjinakkan burung tekukur yang pernah menjadi kegilaan di kalangan masyarakat Melayu dahulu.

Bagi memastikan hobi tersebut tidak terkubur, seramai 60 pemelihara dan peminat burung tekukur berhimpun di Kampung Sungai Kiol di sini baru-baru ini semata-mata mahu berkongsi minat tersebut.
Mereka terdiri daripada ahli Kelab Tekukur Ten Forumer (TTF) dari seluruh negara yang berhimpun di sini dalam usaha menghidupkan semula tradisi menangkap, menjinak dan memelihara burung tekukur yang pernah menjadi salah satu hobi masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.

Perhimpunan sehari itu menyaksikan ahli-ahli kelab terbabit membawa pelbagai peralatan bagi menjalankan demonstrasi menangkap dan menjinakkan burung tekukur.

Acara bermula pada awal pagi apabila setiap ahli beredar ke kawasan masing-masing sambil membawa ‘tekukur denak’ yang digunakan bagi memikat dan mendapatkan burung tekukur menerusi kaedah tradisional iaitu menggunakan racik dan jebak.

Jumlah tangkapan (burung tekukur yang berjaya dipikat oleh denak) terbanyak akan diiktiraf sebagai pemenang.
Bagaimanapun, burung tekukur yang diperoleh itu akan dilepaskan semula ke dalam hutan supaya haiwan itu bebas dan membiakkan spesiesnya.

Selain melaksanakan aktiviti memasang denak, inovasi para ahli juga turut dinilai menerusi kesenian ‘catuk’ atau bekas simpanan burung tekukur mereka yang dijadikan denak.

Menurut Penyelaras Projek, Ramli Rosdi, kegiatan berkenaan merupakan pengisian tahunan untuk menghimpunkan ahli TTF seluruh negara tanpa mengira kaum dalam usaha mengeratkan hubungan dan semangat muhibah berasaskan gagasan 1Malaysia.

‘‘Pertemuan ini membolehkan ahli kami yang mempunyai permit memelihara burung tekukur bertukar pendapat dan bersama-sama memikirkan kaedah tertentu bagi mengembangkan lagi kesenian dan warisan memikat burung ini.
‘‘Aktiviti ini lebih bersifat pengetahuan bagi membantu kerajaan menjaga ekosistem dan biodiversiti yang ada di samping mendedahkan kegiatan memikat burung tekukur ini supaya diketahui generasi hari ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Kiol baru-baru ini.

Menerusi pertemuan itu kata Ramli, ahli dapat mengetengahkan kemahiran dan inovatif mengenai kesenian pembuatan catuk serta cara memikat burung tekukur berasaskan minat dan kebolehan masing-masing.

Sementara itu, seorang peminat burung tekukur berlesen dari Kuala Lumpur, Mohd. Nasir Hussein, 40, memberitahu, program itu antara kaedah terbaik memulihara warisan seni memikat tekukur dan mendedahkan kepada masyarakat bahawa kegiatan tersebut bermanfaat ke arah mengangkat seni warisan tradisional untuk tatapan pelancong.
‘‘Program tahunan ini ditumpukan di setiap lokasi yang berbeza bertujuan menambah bilangan ahli dan peminat tekukur dalam usaha mengembangkan warisan di kalangan belia,” katanya.

Ahli TTF dari Negeri Sembilan, Lokman Man, 34, pula berkata, kegiatan itu dapat menyatukan peminat burung tekukur yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan kaum dari seluruh negara.

‘‘Penyertaan semua kaum dalam kegiatan TTF menzahirkan perpaduan dan mendedahkan kepada masyarakat mengenai kebaikan kegiatan ini,” katanya.

Rakannya dari Kelantan, Nordin Yusof, 45, pula menjelaskan, banyak pengetahuan dapat dicanai menerusi pertemuan tahunan itu sekali gus tradisi memelihara burung tekukur dapat dikembangkan pada masa akan datang.
‘‘Kegiatan ini dapat mendekatkan ahli dengan alam semula jadi dan habitat burung tekukur yang menjadi penyumbang kepada keseimbangan alam,” tambahnya.

Isnin, 27 Jun 2011

Anak sulung pesum sendiri (update)

Tarikh : 20 Jun 2011 (Isnin)
Peristiwa : Generasi Pertama pesum menetas
Induk Jantan : BL (kg) Guk 1-2, Suara Kecil, Tekan Angguk
Induk Betina : BL (kg) Seladang Gantung (kg), Suara Kecil, Tekan Angguk
Sangkar : No.1


yang bunyi tu induk betina



Usia seminggu ( 27 June 2011)

Usia 2 minggu (4 July 2011) induk mengeram telur baru

Kawe saja nak cuba buat pesum tekukur. Amek dua ekor dari ladung, pegang sepit ketam..sekor lembut dan sekor lagi keras. Masuk ladung pesum...duk 2 minggu, betina duk memerap kat sarang & duk buat sarang. Aku ingatkn dah salah pilih & tertukar....sepatutnya jantan memerap & buat sarang....dalam seminggu dia betelur 2 bijik. Mmg tepat pemilihan jantina.. cuma pasangan tekukur ni lain skit....yang betina yg merap & buat sarang. Duk dalam 4 hari dia dah tak mau mengeram...aduiii punah...Betina duk buat sarang baru, bertelur lagi 2 bijik... telur lama dah dibawah ranting2 sarang baru. Kemudian aku tengok dia eram 3 biji, amek eram telur lama sebijik. Lepas seminggu aku tgk dia eram 1 biji pulak....alamak....punah. 2 minggu mengeram menetas sekor, still eram 2 biji lagi. seminggu telur tak menetas, aku bawak keluar anak dan buang telur. rupa2nya telur tu dah rosak. Ada satu pasang lagi dah betelur 2 biji tp yg jantan masih duk galak....dah 4 hari betina tinggal telur....tak jadi la nampaknya tuh....lagi sepasang tak bertelur pun lagi..aku pun tgh duk pk pasal apa, yang jantan buat sarang kat lantai sangkar je...aku dah buat tempat bertelur tapi xmau buat sarang kat situ. pasangan tu dh nampak serasi.....cuba buat merbok....pun xnampak jalan lagi, semalam terlepas yg jantan aduiiii.....amek sekor dari ladung buat ganti....kena tunggu serasi la dulu

sila klik pada pautan dibawah untuk melihat generasi dari induk ini.

Generasi Ke-2 (update 14/12/11)


Generasi Ke-3 (update 21/10/11)


Generasi Ke-4 (update 23/11/2011)


Generasi Ke-5 (update 22/12/2011)


Generasi Ke-6 (update 07/02/2012)


Generasi Ke-7 (update 16/04/2012)


Generasi Ke-8 (update 13/05/2012)


Generasi Ke-9 ( update 18/06/2012 )


Generasi Ke-10 ( update 02/08/2012 )

Isnin, 13 Jun 2011

11 jun 2011 Sabtu ( Batu Pahat )

Tarikh : 11 Jun 2011 Sabtu
Lokasi : Sri Gading Batu Pahat
Pemikat : Kawe sendiri, Kamarudin, Otai Samah & Jamen

Bergerak dgn sebuah kereta dari k.l jam 3am. Sarapan di sri gading dengan geng2 dari k.l lebih kurang 9 orang. Masing2 berpecah, Kami masuk ladang sawit Genting. Laman pertama bh tekan angguk hilang entah kemana setelah pacak pikat, alih ke laman ke-2, tiba2 kedengaran BH sora kasar...alamak peluang baik nih.. pikat duk bertanding kemudian bunyi deruan hujan aduh....mcm mana nih, biarkan je...kemudian bh dh sampai anggar....alamak...hujan dh mencurahi...punah...angkat pikat blah...hujan turun dengan lebat, bergegas keluar takut jalan licin. Pekena kopi diluar ladang dan jam baru pukul 9.30am.

Lebih kurang setengah jam cuaca masih dalam gerimis, kami buat keputusan untuk masuk ladang semula. Masing2 mencari laman dalam gerimis ekoran kedengaran bunyi2 BH. Aku pasang pikat pelapah & busut.  BH datang terus hinggap pelepah kemudian blah...aiii apasal ni...kemudian datang lagi 3 ekor duk menguku kt bawah pelepah...ai apasal ni... bh xmau dtg pikat kt busut.....pergi tengok rupa2nya racik dh kena sapu dek anak murai....patot laaa..... angkat kedua2 pikat masuk sawit rendah....

dalam sawit rendah ada bh duk melambung2. Pacak sekor pikat duk nyorok....alamak kedengaran SG sora kasar duk berdeguk kt belakang aku...pikat dalam cetok pun menekan...BH melambung, 2 ekor skali lambung...hinggap kt sawit sebelah aku...adusss punah mcm ni...aku ketuk2 cetok...BH blah ke pikat duk pasang....turun mengangguk blaga...trus kena racik....yang sekor lagi blah...


amek BH kemudian pasang racik lain, duk menyorok dalam 5 minit sampai hat sekor lagi...hinggap atas pelepah lepas tu terus turun laman xsempat menguku menekan...langkah je selangkah terus masuk racik.....


selesai..angkat pikat masuk dalam lagi....pasang pikat, tunggu punya lama....xda yang datang.....duk melambung saja je.....amek pikat balik ke parking kereta....dengar ada sekor duk menekan sora besar...laman semak samun....pasang atas busut.. lama duk bertanding...sedar2 dh mengganguk kt atas busut..blaga 2-3 lepuk masuk racik....


selesai....pasang lagi pikat nak sedut sg sora besar....lama punya tunggu xmau datang dia....member call nak keluar....kemudian jamen sampai bawak hasil dia sekor....siap dh ada gelang tanda kaki


naik kereta dengan jamen nak g amek abg din & amah tunggu kt pintu keluar...jauh benar diorang merayau..setiba tempat diorang....amah duk pasang pikat lagi...xpuah ati bh turun belaga xkena racik...
kami pun berkumpul untuk keluar bimbang gate tutup....masuk haram hehehe


Tamat