Memikat burung tekukur adalah permainan rakyat sejak berzaman lagi. Laman ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan mereka yang mempunyai hobi & minat memelihara serta memikat Burung Tekukur.
ALUAN
Agama Ku
Pesanan
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.”
(Muslim)
Jumaat, 29 April 2011
Khamis, 28 April 2011
Rabu, 27 April 2011
Syarat untuk pertandingan untuk Trip PWSTM Sepang 2011
Salah satu syarat untuk pertandingan untuk Trip PWSTM Sepang 2011
Berikut adalah dimaklumkan salah satu syarat yang akan diguna pakai untuk Trip PWSTM Sepang 1 Mei nanti:-
Kepada pemikat yang setiap kali membuat tangkap hendaklah segera menelefon /mesej kepada pagawai bertugas (MARSALL) yang telah dilantik. Jika pemikat gagal berbuat sedemikian maka tangkapan tersebut tidak akan diambil kira oleh pihak pengurusan.
Catatan masa akan dicatit untuk setiap tangkapan dan ini adalah bertujuan untuk melihat jarak perbezaan masa seandainye terdapat keputusan tgkapan yang sama byak (DRAW). Maka catatan masa mesej/telefon yang sampai kepada MARSHALL yang paling awal akan diambil kira sebagai pemenang.
Harap maklum..sekian, terima kasih.
p/s:-
1) Pastikan telefon anda sentiasa ON dan mempunyai baki kredit yang mencukupi semasa trip nanti.
2) Pastikan nama dan nombor telefon pegawai bertugas (Marshall) diambil sebelum wisel acara bermula ditiup.
3) Contoh mesej :- <nickname> TAPAU hantar ke <no MARSHALL>
KELEBIHAN HARI-HARI TERTENTU
KELEBIHAN HARI-HARI TERTENTU
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari..Isnin, Selasa ..Rabu..Khamis ..Jumaat..Sabtu dan Ahad... Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri...menjadi memori sepanjang zaman..Apakah peristiwa-peristiwa itu...silalah teruskan bacaan
Hari Isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah... 1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Allah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"
Sabtu, 23 April 2011
Koleksi BB Ambe
Ini sahaja yang aku ada.....semunya BB dan semuanya pemberian kawan - kawan termasuklah yang dalam ladung. Cuma ada 2 ekor sahaja hasil tangkapan sendiri dengan BB pemberian jamen. Dan inilah teratak burukku...menumpang rumah pekerja syarikat tempat aku bekerja.
Sesi Mengajar BB
BB ni adalah pemberian jamen pada sept 2010. Tekukur pertama yang aku bela dan dimasukkan kedalam sangkar besi. Dalam tempoh seminggu, habis kepala dia tertobek duk langgar sangkar dan aku pun beli sangkar layang beharga RM15. Setelah ditambat aku pun minta la pendapat otai - otai tekukur tentang bagaimana untuk memeliharanya serta proses menjinakkannya. Antara otai -otai yang aku rujuk ialah geng PWSTM iaitu Ramlee a.k.a Longkedah, Zamri a.k.a sniper, Nasir Melawati dan Muhammad Fakhri a.k.a KM. Setelah sebulan lepas gugur bulu BB ni dah mula menekan tapi tak rajin sangat lagi, menguku jarang - jarang. Jadi aku ajar dia masuk cetok 2-3 malam kemudian bawak turun tanah untuk bagi dia biasa duk atas tanah. Video yang aku upload ni adalah kali ke-4 dia turun tanah dan ni juga merupakan kali ke-2 bb ni mengadap bh. Minggu lepas bb ni berbelit tali kaki masa dalam cetok, apalagi berhambur lah bulu dia.....bagi rest dulu. Enjoy the video
Rabu, 20 April 2011
Program Tahunan PWSTM
Tarikh : 30 April 2011
Masa : 8.00 pm
Tempat : Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang Sepang, Selangor
Acara : Mesyuarat Agong Penubuhan PWSTM
Tarikh : 01 Mei 2011
Masa : 6.30 am - 6.30 pm
Tempat : Sepang, Selangor ( lokasi akan diberitahu kemudian)
Acara : Trip Memikat Tahunan PWSTM
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
* Kepada sesiapa yang ingin hadir pastikan kedatangan anda diambil semasa sesi pendaftaran. Mana2 yang tidak mendaftar semasa sesi pendaftaran maka segala hadiah atau cenderahati yang diberi akan ditarik balik serta merta. Mohon kerjasama kepada ahli/bukan ahli bagi memeriahkan acara dan mengeratkan hubungan sesama kita ini dapat berjalan dengan lancar
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
1. Ramlee a.k.a Long Kedah 0199454303
2. Nasir Melawati 0132080388
atau sila layari
http://database1900.13.for umer.com/viewforum.php?f=4 7
2. Nasir Melawati 0132080388
atau sila layari
http://database1900.13.for
* Kepada sesiapa yang ingin hadir pastikan kedatangan anda diambil semasa sesi pendaftaran. Mana2 yang tidak mendaftar semasa sesi pendaftaran maka segala hadiah atau cenderahati yang diberi akan ditarik balik serta merta. Mohon kerjasama kepada ahli/bukan ahli bagi memeriahkan acara dan mengeratkan hubungan sesama kita ini dapat berjalan dengan lancar
Memikat Tekukur: Peralatan Pemikat
Memikat Tekukur: Peralatan Pemikat: "Sangkar Layang Ianya digunakan untuk memelihara burung tekukur dengan cara mengikat kakinya pada sangkar ini. Ianya bertujuan untuk menjinak..."
Isnin, 18 April 2011
Memikat Tekukur: Jenis - jenis alunan suara tekukur
Memikat Tekukur: Jenis - jenis alunan suara tekukur: "Seladang Jati Istilah ini diguna pakai bagi Burung Tekukur yang berbunyi thor ko kooo yang mana tiada 'koh' dihujungnya yang dinamakan..."
Jumaat, 15 April 2011
Memikat Tekukur: Jenis - jenis alunan suara tekukur
Memikat Tekukur: Jenis - jenis alunan suara tekukur: "Seladang Jati Istilah ini diguna pakai bagi Burung Tekukur yang berbunyi thor ko kooo yang mana tiada 'koh' dihujungnya yang dinamakan..."
Sabtu, 9 April 2011
Istilah - Istilah yang diguna pakai oleh Pemikat
Burung Hutan (BH)
Burung Tekukur yang berada didalam hutan atau dimana - mana sahaja yang hidup secara bebas.Burung Baru (BB)
Burung Tekukur yang baru ditangkap melalui apa jua cara kemudian ditambat diatas sangkar layang atau dimasukkan dalam sangkar dan didapati ianya berpotensi untuk dijadikan Pikat.Kemudian burung ini akan diajar masuk cetok, diajar untuk berbunyi diatas tanah, jebak dan atas pelepah sawit, diajar untuk biasakan burung hutan mengena racik sehinggalah sampai tahap ianya bergelar pikat. Hasil tangkapan 20 ekor keatas.Burung Ladung
Burung Tekukur yang ditangkap kemudian dimasukkan kedalam sangkar besar untuk diajar makan dan untuk dilihat samada berpotensi untuk dijadikan pikat atau tidakPikat
Burung Baru yang sudah tahu untuk menjalankan tugas - tugasnya ketika dibawa untuk memikat, rajin berbunyi dilamanPemikat
Pikat yang mana boleh memanggil burung hutan serta turun kelamannya dan sentiasa mendapat hasil sekiranya dibawa memikat.Laman.
Kawasan atau tempat untuk meletakkan pikat untuk menangkap burung hutan. Selalu digunapakai untuk memikat diatas tanah.Anggar.
Tempat/ranting/dahan tempat burung bertengek dan yang menjadi kebiasaan burung hutan bertenggek disitu.Sikap.
Burung Pemangsa yang ditakuti burung tekukur dan banyak kejadian yang mana pikat serta burung baru menjadi mangsa sikap. Nama asal sikap ialah Sewah Tekukur Kecil/Besar. Ianya lebih digeruni kerana saiznya yang kecil dan sukar untuk dilihat.Tembak/Ngerbang
Pikat / BB yang ingin terbang dan bermain angin. Ianya berlaku semasa burung tersebut berada diatas sangkar layang, diatas tanah / pelepah ketika sesi mengajar atau memikat.Rabu, 6 April 2011
Rezeki memikat tekukur
Rezeki memikat tekukur
KOMUNITI peminat burung tekukur mudah ditemui di Kelantan.
NEGERI Cik Siti Wan Kembang sememangnya masih tebal dengan amalan dan adat tradisi dalam kalangan masyarakatnya. Selain permainan tradisional seperti dikir barat dan mak yung, warga Kelantan juga terkenal dengan sukan berasaskan haiwan.
Selain pertandingan ayam serama, rakyat di negeri itu juga gemar pada satu lagi aktiviti waktu senggang iaitu memikat burung tekukur. Turut dikenali sebagai merbuk, ia adalah spesies burung yang habitat liarnya di hutan dan pinggir bukit.
Untuk memikat (menjerat atau menangkap) burung ini, seseorang itu perlu mengenal pasti kawasan tempat tinggalnya. Lebih baik jika seseorang yang ingin memikat turut mengetahui kawasan unggas itu suka mencari makanan.
Walau bagaimanapun, kerja memikat burung tekukur ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan kadang-kadang terpaksa mengambil masa berhari-hari untuk mendapatkan seekor burung yang digemari. Lazimnya, pilihan itu dibuat berdasarkan pada bunyi kicauan yang merdu.
Muslihat denak
Untuk tujuan memikat tekukur, seseorang pemikat memerlukan seekor denak (umpan burung pemikat yang ditambat) dan jerat dengan menggunakan tali dan dua batang pemacak iaitu unjang yang diperbuat daripada besi tembaga.
ABDULLAH BAKRI JUSOH berjaya menghasilkan anak burung tekukur untuk dijadikan burung denak. |
“Burung tekukur liar yang tersilap langkah akan memasuki jerat tersebut. Kebiasaannya, ia sudah tidak boleh terlepas lagi dari perangkap itu apabila sebelah kakinya sudah terikat,” kata seorang pemikat tekukur, Abdullah Bakri Jusoh, 50.
Abdullah ditemui dalam pertandingan memikat burung tekukur di Gunung, Bachok anjuran Pejabat Kemajuan Masyarakat (Kemas), Bachok baru-baru ini.
Menurut Abdullah, hobinya memikat burung tersebut bermula sejak usia muda lagi. Dia juga pernah menternak sebanyak 200 ekor burung tekukur pada satu-satu masa. Burung-burung tersebut diperoleh dari hutan Kelantan dan Terengganu.
Pendapatan sampingan
Katanya, seekor burung berkenaan mampu mencapai harga antara RM1,000 hingga RM2,000 bergantung kepada kemerduan bunyinya.
“Saya pernah menjual burung itu kepada peminat burung termasuk dari Johor dan Negeri Sembilan,” kata Abdullah yang berasal dari Kampung Seri Aman, Pasir Puteh dekat sini.
Rakannya, Abdullah Deraman, 47, pula berkata dia mula memikat burung tekukur sejak tiga tahun lepas sebagai aktiviti mencari pendapatan sampingan.
ILIAS (tengah) menyampaikan hadiah kepada Mohd. Shaharudin Mat Zin (kiri) iaitu juara Pertandingan Memikat Burung Tekukur di Kampung Bukit Kecil Gunung, Bachok, Kelantan.
Sehingga kini, dia yang bekerja sebagai pesawah itu mempunyai 34 ekor burung yang sedia untuk dijual kepada peminat burung. Abdullah meletakkan harga antara RM150 dan RM700 seekor.
Beliau berkata burung-burung berkenaan diperoleh dari hasil usaha memikat di sekitar kawasan pinggir hutan di Bukit Jawa, Kedai Mananti dan Pasir Puteh.
Sementara itu, anggota Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Dr. Ilias Hussin ketika merasmikan pertandingan itu berkata, pertandingan memikat burung boleh dikomersialkan bagi memberi pendapatan tambahan kepada petani.
Pertandingan itu sesuai diadakan pada hujung minggu untuk menarik minat orang ramai termasuk pelancong asing yang menyaksikannya.
Beliau berkata pihak penganjur boleh mengadakan usaha sama dengan pengusaha inap desa yang berdekatan untuk menjadikan pertandingan itu sebagai salah satu produk pelancongan. – Bernama
Langgan:
Catatan (Atom)